Pages

peace

hahaha

1

Monday 19 December 2016

(Video) Melecur Selepas Makan Biskut Berasap(Dragon Breath)

(Video) Melecur Selepas Makan Biskut Berasap(Dragon Breath)


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur tapak tangan dan mengadu rasa pedih di bahagian tekaknya selepas makan biskut yang mengeluarkan asap apabila dimakan atau nama 'Dragon Breath', lapor Astro Awani.

Menurut mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridwan berkata, dia masih menahan pedih di bahagian tekaknya walaupun sudah lebih 30 jam berlalu selepas dia memakan biskut berjenama 'Dragon Breath' itu.

Kejadian berlaku apabila Ibunya, Nordiana Yaacob, 45, telah membeli biskut berkenaan di sebuah gerai di bazar larut malam Uptown di sini, Jumaat lalu dengan harga RM10 semangkuk.

Dia yang menuang biskut berasap berkenaan atas tangannya sebelum makan menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa pedih apabila terkena cecair 'biskut berasap' itu.

Selepas itu beliau mendapati tapak tangannya kelihatan seperti melecur di mana terbentuk gelembung air bisa seperti terkena air panas.

"Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam mulut," kata Mohd Aiman.


Persatuan Pengguna Kedah dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah menerima laporan berkenaan.

Menurut mereka pemakanan ini hanyalah satu hiburan kepada anak-anak muda ini kerana ia akan mengeluarkan asap melalui hidung dan mulut apabila makanan tersebut dimasukkan kedalam mulut

"Selepas kejadian yang menimpa remaja tersebut, ramai yang bertanyakan kepada kami mengenai keselamatan makanan ini kepada kanak-kanak dan remaja kerana rata-rata penggemar makanan ini adalah dikalangan mereka."

"Hasil kajian Persatuan Pengguna Kedah mendapati bahawa peniaga menggunakan cecair gas nitrogen untuk memastikan makanan tersebut mengeluarkan asap. Nitrogen sering digunakan untuk membekukan makanan dan minuman. Selain itu ianya digunakan sebagai pengawet sel reproduksi dan menyimpan sampel biologi," jelas mereka.

Pihak Persatuan juga menyatakan jika cecair nitrogen ini digunakan dalam makanan tentunya ia akan cair dalam badan kita dan akan membahayakan kesihatan tubuh badan. Antara kesan keatas tubuh badan adalah

1. Menganggu peraliran darah
2. Kualiti Oksigen dalam badan menurun
3. Kelenjar Tiroid tidak berfungsi dengan baik
4. Risiko Penyakit Kanser
5. Vitamin A berkurangan
6. Membuat perut meledak
7. Mudah sesak nafas djdanchef

"Laporan seorang remaja di Persatuan Pengguna Kedah yang mendakwa bahawa tangannya telah tersentuh cecair Nitrogen tersebut dan telah menyebabkan dua jarinya mengelembung dan membengkak."

"Ini menunjukkan kesan cecair Nitrogen keatas tubuh manusia. Ini adalah trending anak muda yang tidak sihat," jelas mereka lagi.

Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Kedah membangkitkan isu ini bagi keselamatan makanan pengguna. Pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi tindakan lanjut. 

ERUL FACEBOOK FANS, KLIK SINI--> ERUL AF9

No comments:

Post a Comment