Kenapa rambut gugur selepas bersalin / beranak | Rawatan dan Masalah keguguran rambut
Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu.
RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN ADALAH NORMAL
Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
KENAPA DAN PUNCA RAMBUT GUGUR
Ramai yang tertanya-tanya kenapa dan punca masalah rambut gugur selepas bersalin atau mengandung.
1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara.
Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
RAWATAN DAN CARA ATASI RAMBUT GUGUR KETIKA BERSALIN
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur dan rawatan rambut gugur ketika atau selepas bersalin?
1. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
3. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.
4. Minum air secukupnya.
5. Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.
Serba sedikit info kenapa rambut gugur selepas bersalin & rawatan .
ERUL FACEBOOK FANS, KLIK SINI--> ERUL AF9
No comments:
Post a Comment